Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Sebelum ini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Lautan Biru dikenali sebagai NADI Tanjung Genting, Johor.
Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'.
Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh.
Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'.
Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering.
Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik.
Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.
Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau.
Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu.
Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM JIWA MERDEKA KG. SRI LUKUT 2024
Aktiviti Terkini | 5 & 7 September 2024Program ini bertujuan untuk menanamkan semangat patriotik dan berjiwa Merdeka kepada masyarakat setempat. ....................baca selanjutnya
BASIC ICT : RAPID TYPING (ASAS)
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2024Pengguna mempelajari kedudukan jari yang betul pada papan kekunci melalui latihan asas, seperti menaip huruf dan perkataan asas. ...................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024Tujuan kelas Microsoft PowerPoint adalah untuk mengajar pelajar cara menggunakan perisian PowerPoint dengan efektif untuk membuat persembahan slaid yang menarik...................baca selanjutnya
BASIC ICT : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 7 Jun 2024Kelas Pengenalan Kepada Komputer ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan tentang fungsi komputer serta komponen asas yang terlibat..................baca selanjutnya
STEM IOT : MATEMATIK (ABACUS)
Aktiviti Terkini | 18 Mei 2024Abakus adalah alat yang digunakan untuk membuat pengiraan. Terdapat platform Abakus Online yang boleh digunakan untuk sebagai medium sempoa secara digital bagi menyelesaikan soalan-soalan pengiraan.................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT WORD – MEMBUAT SURAT RASMI
Aktiviti Terkini | 6 April 2024Kelas ICT seperti ini memberi asas pengenalan kemahiran khususnya mengenai Microsoft Office Word kepada golongan belia untuk membuat surat rasmi................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT EXCEL – MEMBINA JADUAL
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024Kelas ICT seperti ini memberi asas pengenalan kemahiran khususnya mengenai Microsoft Office Excel kepada guru-guru dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak jabatan...............baca selanjutnya
PROGRAM CUTI SEKOLAH TALK CELCOMDIGI SAFE DAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2024Pengenalan tentang PEDi, media masa dan kebaikan dan keburukan penggunaan internet melalui Talk Ceclomdigi Safe..............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN CELCOMDIGI SAFE
Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet..............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya