INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.

  1. Keluasan: 333 hektar
  2. Bilangan Penduduk: 1000 orang
  3. Bangsa: Melayu (100 %)
  4. Penghulu: Tok Adam B. Ahmad
  5. Alamat Penghulu: Kompleks Penghulu Mukim Tenglu 86800 Mersing Johor.

Ahli Politik

    Tanjung Genting

  1. Y.B. Datuk Dr. Haji Abdul Latif bin Ahmad
  2. Ahli Parlimen Mersing

     Alwiyah Talib

  1. Y.B. Alwiyah binti Talib .
  2. ADUN Endau
Rekreasi & Perlancongan

Lokasi Istimewa.

Taman Lautan Biru berada hampir dengan persisiran pantai Laut Cina Selatan. Terdapat banyak pantai-pantai tumpuan ramai tidak kira dari dalam atau luar kawasan Tenglu malah pulau-pulau yang berdekatan pula menjadi tumpuan kaki pancing. Anda boleh melihat peta dibawah sebagai panduan jika ingin berkunjung ke Taman Lautan Biru.

LOKASI = 2°28'25.47"N, 103°49'30.81"E

stromleo.de

Bandar Berdekatan.

Bandar yang paling hampir dengan Taman Lautan Biru adalah bandar Mersing iaitu lebih kurang 10 km jaraknya. Kebanyakkan penduduk atau pelawat akan ke bandar Mersing untuk urusan-urusan utama atau membeli barang-barang, mengisi petrol & sebagainya. Jika bukan bandar Mersing, bandar Endau adalah altenatif lain dimana jarak antara Taman Lautan Biru ke Endau adalah 47 km. Pelawat juga boleh ke bandar Kuala Rompin Pahang kerana jaraknya hanya lebih kurang 80 km.

.

Sosio Ekonomi

Majoriti penduduk Taman Lautan Biru memilih untuk berhijrah dan bekerja di pekan ataupun bandar-bandar yang berhampiran sebagai penyumbang kepada pendapatan utama mereka. Tetapi bagi penduduk yang masih menetap di sini, ada yang mengusahakan kebun sayur, membuat rumah, bekerja di ladang kelapa sawit dan mengusahakan kedai makan sebagai sumber pendapatan keluarga. Bagi penduduk yang mengusahakan kebun sayur, bantuan berupa biji benih dan baja diperoleh daripada Pejabat Pertanian.

Selain itu, mereka yang mengusahakan ladang kelapa sawit, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga memberi bantuan yang serupa termasuk khidmat nasihat berkaitan pengurusan ladang kelapa sawit. Namun boleh dikatakan hanya segelintir sahaja penduduk kampung ini yang memilih untuk bekerja di kampung, manakala selebihnya lebih memikirkan untuk mendapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan. Lantaran itu, ramai di antara golongan muda di kampung ini bekerja di sektor awam mahupun di sektor swasta di bandar-bandar yang berhampiran.

PI1M

Pertanian Dan Perladangan

Tanah yang luas dan subur di kawasan perkampungan Taman Lautan Biru dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung. Kelapa sawit merupakan tanaman utama di sini namun ada juga sesetengah penduduk yang memilih untuk menanam sayuran dan buah-buahan seperti kelapa, lada, tembikai dan kacang panjang. Usaha penduduk dalam aktiviti pertanian dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan memberi bantuan dari segi biji benih, baja dan peralatan. Bantuan seperti ini memberi dorongan kepada golongan petani untuk membesarkan lagi perusahaan mereka.

Walaupun pertanian yang diusahakan penduduk tidak luas namun hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Bagi penduduk yang menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, mereka mempunyai pembeli tetap yang ingin mendapatkan bekalan sayur-sayuran segar. Pembeli-pembeli hasil tani di sini bukan sahaja penduduk kampung, malah datang dari Endau dan Mersing. Ada juga pembeli dari Singapura yang datang untuk mendapatkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk dijual. Purata pendapatan penduduk yang mengusahakan pertanian adalah dalam lingkungan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan. Ternyata hasil usaha penduduk yang bertani ini memberi keuntungan dan berpotensi untuk melangkah lebih jauh

Perikanan Dan Penternakan

Aktiviti penternakan yang dijalankan di Taman Lautan Biru dijalankan secara kecil-kecilan. Namun ia juga boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya. Antara ternakan yang diusahakan oleh segelintir penduduk ialah ternakan ayam dan lembu. Walaupun tidak diusahakan secara komersial, namun dengan adanya ternakan seperti ini, penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging ayam dan lembu untuk kegunaan sendiri. Lembu-lembu yang diternak kebanyakannya dilepas dan dibiarkan meragut rumput di kawasan-kawasan sekitar kampung.

Bagi penduduk yang berminat untuk menjalankan penternakan lembu atau ayam, pihak Jabatan Haiwan boleh membantu misalnya dengan memberi benih induk untuk memulakan ternakan. Selain itu, kursus berkaitan pengurusan ternakan juga diberikan kepada penduduk yang berminat untuk memberi pendedahan berkaitan cara-cara menternak, mengawal penyakit dan menguruskan ternakan dengan baik. Bantuan dan sokongan seperti ini dapat mendorong mereka menggiatkan lagi usaha memajukan lagi penternakan tersebut.

Pelancongan

PI1M

Oleh kerana Taman Lautan Biru berdekatan dengan persisiran pantai, perlancongan juga adalah satu lagi sumber ekonomi di kawasan ini. Pantai Air papan merupakan pantai yang menjadi pilihan orang ramai datang tidak kira dari dalam atau luar negeri Johor. Oleh kerana tempat ini menjadi tumpuan lebih-lebih lagi pada cuti umum, chalet & resort adalah salah satu perniagaan yang dapat dilakukan. Ada penduduk yang mengusahakan chalet atau resort berdekatan pantai-pantai tersebut tidak ketinggalan juga mereka yang mendapat peluang pekerjaan untuk bekerja dengan chalet tersebut. Selain itu, ada juga yang menyediakan perkhidmatan seperti membawa pelancong ke laut untuk memancing dan menjual alatan-alatan mandi dipantai juga cenderamata untuk dibawa pulang.

Kemudahan Awam

Kemudahan Asas

PI1M

Kebajikan dan keperluan penduduk Taman Lautan Biru turut dijaga dan tersedia dengan adanya kemudahan asas dan awam. Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah surau, Tadika, dan balai raya yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat. Malah, kampung ini mempunyai perpustakaan desa yang menempatkan buku-buku ilmiah untuk rujukan di samping menyediakan perkhidmatan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet.

Kemudahan seperti di PI1M Taman Lautan Biru dan perpustakaan desa banyak memberi kebaikan kepada penduduk. Ia mampu menarik penduduk dari kampung sekitar untuk menggunakan kemudahan komputer di sini. Penduduk juga saling bekerjasama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk.

Kesihatan

Penduduk Taman Lautan Biru mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Kampung Sawah Dato yang beroperasi setiap Ahad hingga Khamis, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

PI1M

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Kadar bayaran sama seperti klinik desa lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Klinik Kesihatan Mersing yang terletak lebih kurang 10 km dari Taman Lautan Biru.

Keselamatan

Rela

Keselamatan Taman Lautan Biru secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.

Polis

Segala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Mersing yang merupakan balai polis terdekat dengan kawasan kampung ini. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.

Hubungi
Balai Balai Polis Mersing
No. Telefon 07-7991424
Pendidikan

Pendidikan

Sekolah Rendah.

Taman Lautan Biru berhampiran dengan dua buah sekolah yang menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak kampung. Sekolah Kebangsaan Tenglu dan Sekolah Kebangsaan Sawah Dato merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung di sini.

Sekolah Kebangsaan Tenglu dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 258 orang yang menempatkan anak-anak penduduk kampung ini dan juga penduduk dari kampung Makam, Kampung Tenglu, Kampung Sungai Benaung dan Taman Lautan Biru. Manakala Sekolah Kebangsaan Sawah Dato mempunyai jumlah murid seramai 526 yang menempatkan anak- anak penduduk kampung Sawah Dato.

Sekolah Rendah
Nama Sekolah Rendah Sek. Keb Sawah Dato’
Nama Guru Besar EN. SHAFIE B. YUSUF
No. Telefon 07-7991424
Sekolah Rendah
Nama Sekolah SK TENGLU’
Nama Guru Besar PN. SOHAILA BT. ABD JABAR
No. Telefon 07-7995643

Sekolah Agama.

Selain daripada Sekolah Rendah, terdapat juga 2 buah Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Sawah Dato dan Sekolah Agama Tenglu. Kedua- dua buah sekolah ini menempatkan anak- anak penduduk Taman Lautan Biru, Kampung Makam, Kampung Benaung, Kampung Teglu Laut, Kampung Tenglu Darat. Sekolah Agama Tenglu terletak di sebelah Sekolah Kebangsaan Tenglu. Manakala Sekolah Agama Sawah Dato terletak disebelah Masjid Kg Sawah Dato.

Sekolah Menengah.

Di dalam kawasan Taman Lautan Biru ini mempunyai sebuah sekolah menengah persendirian dan Sekolah menengah bantuan kerajaan yang berhampiran adalah Sekolah Menengah Mersing yang terletak berhampiran dengan Bandar Mersing. Semua anak- anak penduduk Taman Lautan Biru dan kampung- kampung sekitarnya bersekolah di sekolah tersebut setelah tamat sekolah rendah. Sekolah tersebut menjalankan 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Sebelah pagi adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 3, 4, 5 dan 6 manakala sebelah petang adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Sekolah Menengah
Nama Sekolah Menengah Sek. Men.Keb. Mersing
Nama Pengetua PN. ZALIHA BT. ISMAIL
No. Telefon 07-7991480
Kisah Kejayaan

Titis Emas Enterprise

Profil Usahawan
Di usahakan oleh Cik Nurrul Ain. Merupakan salah seorang usahawan muda yang mempromosikan batik Cantik di Mersing atas nama Titis Emas Enterprise. Sentiasa berusaha memperkenalkan batik canting di daerah ini dan sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan. Program terbesar yang penah dibuat oleh beliau ialah Mersing Fiesta Art yang mendapat kerjasama dari Majlis Daerah Mersing dan pelbagai agensi kerajaan dan Swasta. Mersing Fiesta Art ini melibatkan himpunan seni seluruh Malaysia dalam pelbagai kategori dan mendapat sambutan dari pelbagai agensi dan orang ramai.
Produk Yang dikeluarkan
- Batik Canting
- Lukisan batik canting
- Pertandingan mewarna batik canting
- Baju batik hasil batik canting syarikat titis emas
Blog dan FB

Hubungi
1. Nurrul Ain - 017-7798656




Wiwin World Enterprise

Profil Usahawan
Diusahakan oleh seorang anak muda yang bernama Amir. Aktif menjadi pengacara di sekitar mersing dan dipelbagai daerah di negeri Johor. Seorang yang sangat berpengalaman dan perniagaannya tidak tertumpu pada pengacaraan dan PA Sytem sahaja. Beliau seorang yang serba boleh serta komited dalam bidang yang diceburi
Produk Yang dikeluarkan
- Pengurus program seperti
 P.A System
 Deejay
 Supa Dupa’
 Kuda Cinderella
 Ballons Stick
 Pairo dan banyak lagi
Blog dan FB

Hubungi
1. Muhd Amir - 017-7666760




Riena Cupcakes

Profil Usahawan
Lebih dikenali sebagai kak Riena, belau seorang yang aktif membuat kek dan kuih sekitar Mersing. Produknya agak terkenal dan mempunyai pelanggan tetapnya sendiri. Kak riena merupakan seorang usahwan keluaran Empower Ecer dan mendapat tajaan dari mara hingga beliau berjaya mendapat sebuah kedai di pejabat mara mersing. Beliau sangat aktif didalam perniagaannya. Malahan adik beradiknya juga aktif dalam bidang perniagaan.
Produk Yang dikeluarkan
- Kek
- Tempahan kuih
Blog dan FB

Hubungi
1. Pn Khairina (Riena Cupcakes) 010-7026906






STUDIO ANDAMAN BONDA

Profil Usahawan
Studio Andaman ini kepunyaan Pn Rohaya. Beliau mempunyai butik pengantin sendiri. Selain menjadi juru solek, Pn rohaya juga mahir menjahit dan beliau telibat aktif didalam persatuan seperti IKS Mersing.
Produk Yang dikeluarkan
- Jurusolek
- Andaman perkahwinan
- Kelas solek
Blog dan FB

Hubungi
- Pn Rohaya –012-753 0396






D’Gerbang Pictures

Profil Usahawan
Diusahakan Oleh En Saharom Bin Abd Hamid atau lebih dikenali sebagai Pak Om atau Walled. Beliau merupakan seorang jurugambar profesional dan bekerja sepenuh masa dalam bidang ini. Sudah bekeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata manakala isterinya merupakan seorang guru biologi di SM Sains Sultan Iskandar Mersing. Profesionnya tidak terhad sebagai jurugambar perkahwinan sahaja. Malah melibatkan pelbagai jenis fotografi seperti konvokesyen, event, Pre wedding dan sebagainya.
Produk Yang dikeluarkan
 Fotografi
 Photobook
 Sticky Album
 Segala berkaitan design dan percetakan
Blog dan FB
https://www.facebook.com/Dgerbangpicture

 Insta : @dgerbangpictures

Hubungi
 No tel : 013 6791919/018 7731371
 Email : saharomabdulhamid@yahoo.com.my



Keusahawanan

Baek Bistro

Tanjung Genting Lokasi :
Taman Lautan Biru

Waktu perniagaan :
Petang dan malam

Menu popular pilihan:
Makanan western

Nota :
Kedai ini diusahakan oleh anak jati Taman Lautan Biru. Kedainya sering menjadi tumpuan kerana satu2 nya kedai makanan western dalam kampung ini. Selain banyak pilighan makanan.. harga disini juga amat berpatutan dan keadaan kedainye senang dicari.



Kedai Roti Arab Mersing

Tanjung Genting Lokasi :
Pantai Taman Lautan Biru

Waktu perniagaan :
Petang

Menu popular pilihan:
1. Roti Arab
2. Keropok Goreng
3. Nasi lemak
4. Minuman panas & sejuk

Nota :
Kedai roti Arab ni sudah lama dibuka iaitu sebelum jalan baru Tanjung-Air Papan dibina. Selepas waktu ofis jam 5 petang berduyun-duyun pengunjung sanggup datang dari jauh untuk menikmati roti arab ni.

Bagaimana ke sini ?
Dari bandar Mersing ambil jalan pantai menuju Tanjung ( jalan jeti LKIM ). Teruskan perjalanan dalam 5 km melepasi galeri keropok, Restoran Brother Joe, Restoran Green House, SMK Mersing ( Tenglu)


Galeri keropok

Tanjung Genting Lokasi :
Tanjung

Waktu perniagaan :
Setiap hari

Menu popular pilihan:
Keropok, ikan masin dan makanan kering

Nota :
Kedai ini menjadi tarikan kerana terkenal dengan keropoknya. Menjadi tumpuan pengunjung dari mersing dan luar daerah. Banyak pilihan makanan kering disini dan harganya amat berpatutan



Warung Nasi Goreng Tido

Tanjung Genting Lokasi :
Air Papan

Waktu perniagaan :
Pagi

Menu popular pilihan:
1. Nasi Goreng Tido
2. Roti Jala
3. Nasi lemak
4. Mee Sup

Nota :
Kedai ini sudah lama dibuka dan mendapat sambutan setiap hari. Mula beroperasi seawal pagi hingga ke tengahari. Untuk Dari bandar Mersing ambil jalan ke air papan. Teruskan perjalanan dan kedainya berhampiran Surau selepas jambatan kedua.