Mersing Fiesta Art 2017

30 April 2017 | Ahad
9.00 pagi– 10.00 malam | Dewan Jubli Intan Mersing, Johor

Tujuan:
Pada setiap bulan pihak Pi1M akan mengadakan satu aktiviti bulanan, dan pada bulan April ini, PI1M Kampung Tanjung Genting telah bersepakat bersama badan kerajaan dan juga NGO yang lain untuk mengadakan Mersing Fiesta Art 2017 yang bertempat di Dewan Jubli Intan Mersing. Program ini telah membawa beberapa penggiat seni untuk turun bagi memperkenalkan kepada warga Mersing tentang beberapa hasil seni seperti seni pembuatan keris, seni pembuatan cincin, lukisan, mencanting batik, kraftangan dan bermacam lagi.

Penglibatan:
Pengujung program seramai 1000 orang

Aktiviti Berkaitan:
1) Pertandingan Mewarna.
2) Pertandingan Bercerita Kanak-kanak.
3) Mentor Mentee.
4) Persembahan Dikir Barat, Nyanyian dan Tarian Zapin.
5) Perasmian Mersing Fiesta Art bersama Muafakat Johor.
6) Slot KDB.
7) Explorace.

Kesimpulan:
Program ini telah berlangsung dan disempurnakan dengan jayanya dengan kehadiran dan sambutan dari orang ramai. Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga amat menarik minat bagi setiap peringkat umur. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama