Klik Dengan Bijak

13 November 2017 | Isnin
12.00 tengahari – 1.30 petang | Sekolah Kebangsaan Tenggaroh, Johor

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan silaturrahim staff PI1M Tg Genting dengan Guru-guru dan pelajar sekolah Rendah.
• Membantu pelajar untuk menggunakan komputer dengan cara yang betul.
• Mengajar kebaikan menggunakan komputer dengan internet.
• Memperkenalkan Pusat internet kepada masyarakat luar.

Penglibatan:
Para pelajar.

Kelebihan aktiviti:
• Dapat memperkenalkan Pi1m kepada pelajar-pelajar dan menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet 1Malaysia.
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul.

Perlaksanaan aktiviti:
Program KLIK DENGAN BIJAK ini adalah bersama pelajar darjah 1 sehinggan darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Tenggaroh.Program ini diadakan adalah bagi mengajar pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakan internet dengan lebih betul dan berkesan. Program pada 13 November 2017 ini dimulakan pada jam 12.00 T/Hari dengan ucapan guru dan terus disambung dengan ceramah oleh Staff Pusat Internet 1 Malaysia. Program juga diselitkan dengan sedikit game iaitu game “Buka ikatan Tali” dan sedikit kuiz untuk para pelajar. Pada Jam 1.00 Petang majlis penutup dan sedikit Cenderahati kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Tenggaroh.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama