Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing

4 Julai 2018 | Rabu
8.00 pagi – 10.30 pagi | Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Johor

Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Kelebihan:
• Memperkenalkan PI kepada pelajar-pelajar dan menarik minat pelajar untuk datang ke PI.
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul.

Penglibatan:
Para pelajar.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program ini dijalankan bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan sedikit kuiz dan aktiviti untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI.

Program ini adalah 1 program yang telah dijayakan bersama oleh PI Taman Lautan Biru, PI Kampung Baru Air Tawar dan PI Felda Nitar 2.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













kembali ke halaman utama