Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Aktiviti Bersama Kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Intan Jaya

13 Ogos 2018 | Isnin
10.30 pagi – 12.30 tengahari | Pusat Internet Taman Lautan Biru, Johor

Tujuan:
Program ini dijalankan bersama 19 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Intan Jaya, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan aktiviti mewarna penanda buku, kelas ICT, game online dan tayangan video untuk kanak-kanak tersebut. Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan pihak tabika menerima cenderahati daripada pihak PI.

Kelebihan:
• Mempromosikan PI.
• Menerangkan tentang kemudahan yang boleh didapati di PI.
• Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak Tadika Kemas seterusnya memberi kesedaran kepada semua kanak-kanak tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI Taman Lautan Biru menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak tadika dan kanak-kanak. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













kembali ke halaman utama