Pertandingan Mewarna dan Kuiz Sempena Hari Malaysia 2018

21 September 2018 | Jummat
10.00 pagi – 12.30 tengahari | Pusat Internet Taman Lautan Biru, Johor

Tujuan:
Program ini secara tidak langsung dapat menambahkan serba sedikit maklumat tentang negara kita, Malaysia. Melalui program ini juga, Staf PI telah menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI Taman Lautan Biru menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada kanak-kanak yang terlibat. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Kelebihan:
• Mempromosikan PI.
• Mendedahkan peluang-peluang kemudahan yang dapat dimanfaatkan bersama.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ahli PI dengan Staff PI.
• Menambahkan ilmu pengetahuan tentang negara Malaysia kepada kanak-kanak yang terlibat.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program ini dijalankan bersama 14 orang kanak-kanak yang menjadi ahli PI Taman Lautan Biru yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah yang berdekatan. Seramai 9 orang kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna manakala yang selebihnya menyertai pertandingan kuiz online. Kedua-dua pertandingan ini bertemakan Hari Malaysia.

Aktiviti Berkaitan:
Peserta terdiri daripada pelajar di bawah umur 12 tahun. Terdapat 2 kategori iaitu Tahap 1 (7 tahun - 9 tahun) bagi aktiviti mewarna dan Tahap 2 (10 tahun hingga 12 tahun) bagi aktiviti kuiz online. Setiap peserta akan diberikan cenderahati dan hadiah pemenang mengikut kategori masing-masing.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







kembali ke halaman utama