Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Air Papan, Mersing

21 Februari 2019 | Khamis
8.00 pagi – 10.30 pagi | Sekolah Kebangsaan Air Papan, Mersing, Johor

Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Kelebihan:
• Memperkenalkan PI kepada pelajar-pelajar dan menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet.
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul.

Penglibatan:
Para Peserta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Air Papan, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI.

Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan dan juga sebagai tanda sokongan untuk menjayakan Program Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



kembali ke halaman utama