PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU HUSSIN, MERSING

Aktiviti terkini | 21 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussin, Mersing

Tujuan :
Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussin, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 11.00 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI.

Kelebihan Aktiviti :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :