PROGRAM ADVOKASI DI MRSM MERSING

Aktiviti terkini | 17 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mersing

Tujuan :
Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan Pusat Internet menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang. Akhir sekali, program yang akan dilaksanakan ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Internet khasnya kepada pihak sekolahdan para pelajar sekaligus mencapai matlamat penubuhan Pusat Internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet
• Mengadakan kuiz berkenaan “Klik Dengan Bijak” kepada para pelajar
• Menimbulkan kesedaran dalam menghayati erti Bulan Ramadhan
• Menambahkan pengetahuan berkaitan isu-isu khidmat masyarakat
• Melaksana sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti
• Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :