PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK LIPAT, ENDAU

Aktiviti terkini | 9 Oktober 2019 / 10.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat, Endau

Tujuan :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PI kepada pelajar-pelajar dan menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet.
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :