PPENGENALAN KEPADA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 10 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kg Baru Air Tawarbr>
Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kg Baru Air Tawar yang berkongsi maklumat dan info secara atas talian mengenai pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Ianya merupakan transformasi dari Pusat Internet Komuniti kepada PEDi.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang peranan PEDi sebagai Pusat Sehenti dan menerangkan fokus PEDi yang tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang dengan kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.


Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini diadakan secara langsung atas talian dengan kerjasama PEDi Kluster Mersing.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelbagai penambahbaikan akan dilakukan ke atas PEDi bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara
• Mendedahkan pelbagai kursus-kursus ICT dan keusahawanan yang membantu komuniti setempat khususnya
• Bagi membantu memperkukuhkan dan memperkemaskan peranan PEDi, Panel Penasihat PEDi yang terdiri daripada komuniti setempat diwujudkan. Selain itu, Rakan Digital PEDi dan Ikon Usahawan PEDi juga akan diwujudkan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :