LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING

Aktiviti terkini | 6,12,14,17 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page PIK Taman Lautan Biru

Topik :
• 6 Julai 2021: Sistem Aduan MCMC
• 12 Julai 2021: Aplikasi Facebook Business Suite
• 14 Julai 2021: Live Facebook : Program Jaringan Prihatin di bawah Digi
• 17 Julai 2021: Produk Usahawan Sekitar Mersing


Ringkasan Aktiviti :
• Live Facebook di Page Pusat Internet Taman Lautan Biru berkisar tentang tajuk Klik Dengan Bijak, usahawan setempat, pengajaran FS4A, promosi Digi dan pembelajaran ICT selama lebih kurang 1 jam.
• Manakala ICT e-learning pula merangkumi pembelajaran ICT secara ringkas berdurasi beberapa minit.
• Aktiviti ini hasil kerjasama dari Pengurus dan Penolong Pengurus serta melibatkan beberapa usahawan semasa sesi live bersama mereka ataupun produk mereka.


Tujuan :
• Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu. Topik yang diutarakan merangkumi pecahan topik seperti berikut:
1. Pengisian Kelas ICT
2. Promosi Produk Usahawan
3. Pengisian Kelas Microbit
4. Klik Dengan Bijak
5. Produk Digi
6. Sesi Temuramah/Wawancara dengan Agensi Luar/ Sekolah(Guru) dll


Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• ICT e-learning : Sistem Aduan MCMC:
Video tutorial ini adalah berkenaan portal Sistem Aduan MCM. Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan Telekomunikasi, Penyiaran, Perkhidmatan Pos/kurier dan pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) secara atas talian.
• ICT e-learning : Aplikasi Facebook Business Suite
Facebook kini hadir dengan satu lagi aplikasi yang direka khas bagi memudahkan peniaga mengurus semua aktiviti perniagaan mereka secara setempat. Dikenali sebagai Facebook Business Suite ia menggabungkan akses utama kepada kemas kini perniagaan di Facebook dan Instagram.
Melaluinya, ia membolehkan pemilik perniagaan untuk melihat kemas kini secara sepintas lalu (menerima dan berkongsi makluman kepada komuniti), menjadualkan hantaran pada aplikasi berbeza (Facebook dan Instagram) secara serentak dan membuat iklan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Ini sekaligus, dapat membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik, selain memberikan lebih masa untuk mereka memberikan fokus pada aspek perniagaan yang lain.
• Live Facebook : Program Jaringan Prihatin Digi
Live ini adalah gabungan 4 buah Pusat Internet Komuniti daerah Mersing di mana ianya merangkumi maklumat mengenai tawaran pihak Digi di dalam Program Jaringan Prihatin. PIK yang terlibat adalah PIK Taman Lautan Biru, PIK Felda Nitar 2, PIK Kg Baru Air Tawar dan PIK Felda Tenggaroh 2.
Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi pembelian peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi. Sekiranya anda warganegara Malaysia yang layak, anda boleh memilih dan menikmati satu daripada faedah yang disediakan bergantung kepada kriteria pemohon.
• Live Facebook : Produk Usahawan Sekitar Mersing
Pelbagai juadah produk makanan sekitar Mersing telah dibawa sepanjang sesi live selama sejam. Live ini merupakan gabungan 4 buah Pusat Internet Komunit sekitar Mersing iaitu PIK Taman Lautan Biru, PIK Felda Nitar 2, PIK Kg Baru Air Tawar dan PIK Felda Tenggaroh 2.


Kelebihan Aktiviti :
• Berkongsi maklumat tentang Klik Dengan Bijak
• Sesi pembelajaran Micro:bit dan ICT secara online
• Dapat membantu usahawan-usahawan memperkenalkan produk mereka
• Berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan ICT


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :