ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 1 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau

Ringkasan Aktiviti :
Program KDB ini merupakan program bersama pelajar di sekolah terbabit maklumat dan info mengenai tips keselamatan untuk seisi keluarga dalam penggunaan internet seharian

Tujuan :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. • Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PEDi menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PEDi dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PEDi pada masa akan datang..

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh lebih kurang 84 orang pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar


Kelebihan Aktiviti :
● Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul
● Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
● Memberi pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan kawal selia kendiri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :