KLIK DENGAN BIJAK (PEGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)

Aktiviti terkini | 17 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Nitar 2

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung ini diadakan bersama-sama dengan staf dari kluster mersing iaitu PEDi Felda Nitar 2,PEDi Kg Baru Air Tawar dan PEDi Taman Lautan Biru dimana kami berkongsi kepada penonton sosial media (FB) tentang isi kandungan yang di dalam program Klik Dengan Bijak.Pada kali ini kami berkongsi tentang modul pengurusan risiko dalam talian.Setiap staff menerangkan tajuk berbeza iaitu terlebih kongsi,maklumat palsu dan penipuan kewangan.


Tujuan :
• Memberi maklumat tentang kebaikan dan keburukan berkongsi maklumat di internet.
• Mendedahkan isu dan risiko dalam talian seperti buli siber,penipuan kewangan,keganasan siber dan macam-macam lagi.
• Menyampaikan maklumat kepada pengguna media social supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat sulit / maklumat peribadi.
• Memperkenalkan kepada pengguna media social tentang aplikasi Sebenarnya.my dimana mereka boleh menyemak sesuatu maklumat itu sahih atau tidak di sini sebelum menyebarkan dalam media social.

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini diadakan secara atas talian bersama-sama dengan staff PEDi Kluster Mersing.


Kelebihan Aktiviti :
• Supaya tidak berkongsi maklumat sulit di media sosial.
• Sentiasa lakukan ketetapan privasi untuk akaun media sosial.
• Memberitahu kepada media sosial supaya sentiasa berwaspada dan periksa sesuatu maklumat sebelum mempercayainya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :