PROGRAM TADARUS AL QURAN DAN EDARAN BUBUR LAMBUK

Aktiviti terkini | 5 April 2023

Tempat Aktiviti:
Balairaya Kg Semaloi

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dimulakan sehari lebih awal bagi penyediaan barang-barang mentah untuk bubur lambuk. Keesokkan harinya, staf PEDi dengan kerjasama agensi lain serta penduduk setempat bergandung bahu memulakan kerja-kerja memasak bubur lambuk bagi 4 buah periuk besar. Program Tadarus Al Quran pula diadakan pada jam 1.30 petang. Selepas itu, edaran bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar kampung sehingga selesai.

Tujuan :
• Menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
• Memperkenalkan dan mempromosikan PEDi yang menyediakan perkhidmatan capaian internet secara kolektif dan juga menyediakan pelbagai kursus serta latihan berasaskan ICT kepada masyarakat
• Merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti setempat

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini disertai oleh 3 buah PEDi iaitu PEDi Kg Baru Air Tawar, PEDi Taman Lautan Biru dan PEDi Flda Nitar2 bersama JPKK Kg Semaloi, SRS Kg Semaloi, Perpustakaan Desa Semaloi, PKD FB Sri Mahkota.


Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi lain melalui program yang dianjurkan
• Program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara staf PEDi dengan komuniti setempat
• mengimarahkan pogram-program kerohanian di Bulan Ramadhan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :