LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS / JAKOA KAMPUNG LABONG, ENDAU

Aktiviti terkini | 13 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Baru Air Tawar

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti yang dilakukan adalah menerangkan serba sedikit asas komputer yang perlu dipelajari sebelum menggunakan komputer. Para pelajar akan ditekankan dengan pendedahan asas seperti penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Selain itu diadakan juga taklimat tentang Cyber Safe.

Tujuan :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PEDi menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PEDi dan sebagainya. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PEDi pada masa akan datang.

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh pelajar Tabika KEMAS / JAKOA Kampung Labong, Endau

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan kawal selia kendiri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :