LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS

Aktiviti terkini | 8 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Lautan Biru

Ringkasan Aktiviti :
Lawatan sambal belajar oleh kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Intan Jaya ini telah memberikan banyak pendedahan kepada mereka tentang dunia ICT.
Secara asasnya, mereka telah didedahkan dengan komponen penting seperti papan kekunci dan tetikus. Mereka juga diajar menggunakan perkakasan ini dengan betul.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan guru tabika berkaitan komputer
• Memperkenalkan dan mempromosikan PEDi secara tidak langsung di mana PEDi menyediakan perkhidmatan capaian internet secara kolektif dan juga menyediakan pelbagai kursus serta latihan berasaskan ICT kepada masyarakat

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah dijalankan selama 2 jam dan disertai oleh 38 orang kanak-kanak dan 4 orang guru Tabika KEMAS Taman Intan Jaya


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini, kanak-kanak dapat belajar dengan lebih jelas menggunakan perkakasan komputer dengan betul kerana ianya dijalankan secara bersemuka
• Sesi e-learning diselitkan iaitu mewarna dengan menggunakan aplikasi di dalam komputer bagi menambahkan keseronokan mereka belajar menggunakan komputer

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :