PROGRAM GUBAHAN BOUQUET

Aktiviti terkini | 13 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Lautan Biru

Ringkasan Aktiviti :
Program ini secara tidak langsung dapat membuka peluang perniagaan kepada peserta untuk menjalankan perniagaan secara offline mahupun online (platform e-dagang). Setiap peserta telah didedahkan dengan asas-asas gubahan bouquet dan pengiraan harga jualan bouquet tersebut.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang bidang keusahawanan gubahan bouquet.
• Memperkenalkan dan mempromosikan PEDi secara tidak langsung di mana PEDi menyediakan perkhidmatan capaian internet secara kolektif dan juga menyediakan pelbagai kursus serta latihan berasaskan ICT serta keusahawanan digital kepada masyarakat

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah dijalankan selama 3 jam dan disertai oleh 10 orang. Kebanyakan daripada peserta tidak mempunyai asas dalam bidang gubahan bouquet.


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini, peserta dapat belajar dengan lebih jelas kerana ianya dijalankan secara bersemuka
• Pelbagai teknik dan tips dalam gubahan bouquet dikongsikan serba sedikit oleh tenaga pengajar kepada peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :