TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BERSAMA BSN (SEMARAK NIAGA)

Aktiviti terkini | 9 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Lautan Biru

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat Keusahawanan Bersama BSN (Semarak Niaga) telah dianjurkan bersama pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) khusus untuk peserta yang memerlukan pembiayaan.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga iaitu satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
• Memperkenalkan dan mempromosikan PEDi secara tidak langsung

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah dijalankan selama 3 jam dan disertai oleh beberapa orang usahawan sekitar Mersing


Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat mengenalpasti usahawan dari pelbagai bidang di sekitar PEDi
• Usahawan dapat mengambil peluang untuk bertanya serta memahami Program Semarak Niaga ini dengan lebih lanjut memandangkan pihak BSN yang menguruskan program ini berpangkalan di Johor Bahru

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :