ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 15 November 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar 1

Ringkasan Aktiviti :
Program KDB ini merupakan program bersama pelajar di sekolah terbabit maklumat dan info mengenai tips keselamatan untuk seisi keluarga dalam penggunaan internet seharian.Selain itu, para pelajar juga diuji dengan permainan yang memerlukan mereka fokus dengan arahan yang diberikan.

Tujuan :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PEDi menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PEDi dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PEDi pada masa akan datang.

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar 1


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan kawal selia kendiri


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :