LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS TAMAN INTAN JAYA
Aktiviti terkini | 16 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Lautan Biru
Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti yang dilakukan adalah menerangkan serba sedikit asas komputer yang perlu dipelajari sebelum menggunakan komputer. Para pelajar akan ditekankan dengan pendedahan asas seperti penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Selain itu di adakan juga pertandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan.
Tujuan :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PEDi menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PEDi dan sebagainya. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PEDi pada masa akan datang.
Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh pelajar Tabika Taman Intan Jaya
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan kawal selia kendiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :