PROGRAM CUTI SEKOLAH TALK CELCOMDIGI SAFE DAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Aktiviti terkini | 19 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Komuniti Desa (PKD) Air Merah

Ringkasan Aktiviti :
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan media masa. Sebagaimana yang kita tahu, internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun ia juga mampu mendatangkan masalah yang lebih besar jika kita tidak bijak menggunakannya.

Selain itu, PEDi dengan kerjasama PKD telah memberikan serba sedikit pendedahan permainan tradisional kepada kanak-kanak yg hadir pada hari tersebut.

Tujuan :
• Pengenalan tentang PEDi, media masa dan kebaikan dan keburukan penggunaan internet melalui Talk Ceclomdigi Safe
• Pengenalan tentang permainan tradisional congkak dan dam haji online

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 20 orang kanak-kanak dari sekitar PEDi dan PKD Air Merah, Mersing.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan mempromosikan PEDi secara tidak langsung
• Membantu dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar mengenai penggunaan internet dengan lebih betul
• Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang permainan tradisional congkak dan dam haji

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :