STEM IOT : MATEMATIK (ABACUS)

Aktiviti terkini | 18 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Lautan Biru

Ringkasan Aktiviti :
• Semasa kelas berlangsung, pelajar diberi beberapa soalan pengiraan. Pelajar perlu mendapatkan jawapan soalan tersebut menggunakan Abakus Online. Abakus terdiri dari sebuah rangka dengan batang-batang horizontal yang memuat manik-manik yang dapat digerakkan. Setiap batang biasanya mewakili nilai tempat tertentu (seperti sa, puluh, ratus, dan seterusnya). Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut, pelajar perlu menggerakkan manik-manik pada Abakus Online.

Tujuan :
• Abakus adalah alat yang digunakan untuk membuat pengiraan. Terdapat platform Abakus Online yang boleh digunakan untuk sebagai medium sempoa secara digital bagi menyelesaikan soalan-soalan pengiraan.

Butir-Butir Berkaitan Aktiviti :
• Disertai oleh 7 orang pelajar
• Pelajar menjawab soalan kuiz bagi mengenal pasti tahap kefahaman menggunakan Abakus Online

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengira secara pantas dan menyelesaikan masalah
• Membantu mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik dan keupayaan penalaran logik
• Meningkatkan keyakinan dalam kemampuan mereka untuk menghadapi cabaran berkaitan STEM

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :