Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Internet (PI) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PI1M Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING

Aktiviti Terkini | 5 - 26 Disember 2020

Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizilak seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA BERSAMA KEMAS

Aktiviti Terkini | 1 NOVEMBER 2020

Program ini mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti seperti bersenam, hiking dan sebagainya. ...baca selanjutnya

PROGRAM MEMBINA MICROBIT

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PI dengan ahli PI Taman Lautan Biru....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS MEMASAK BERSAMA KEMAS

Aktiviti Terkini | 28 September 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PI dengan penduduk Taman Lautan Biru....baca selanjutnya

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT KEMAS DAERAH MERSING

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2020

Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran, pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada masyarakat bahawa pentingnya amalan gaya hidup sihat dan dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. Ianya secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA PENDUDUK TAMAN LAUTAN BIRU

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PI dengan penduduk Taman Lautan Biru....baca selanjutnya

PERTANDINGAN POSTER COVID-19 (NORMA BARU)

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PI dengan ahli Taman Lautan Biru di samping mendedahkan penggunaan aplikasi Canva yang boleh merekabentuk pelbagai hands on secara digital....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MERSING, MERSING

Aktiviti Terkini |25 Februari 2020

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN MERSING KANAN, MERSING

Aktiviti Terkini |24 Februari 2020

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA PENDUDUK TAMAN LAUTAN BIRU

Aktiviti Terkini |22 Januari 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PI dengan penduduk Taman Lautan Biru....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti