Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Internet (PI) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PI1M Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DENGAN KERJASAMA SEKOLAH PENGENDALI MAKANAN NZ VENTURE

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2019

Kursus ini memberi peluang kepada usahawan tempatan terutamanya pengendali makanan mempunyai sijil khas yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” DAN KELAS CELIK IT BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAMAN INTAN JAYA

Aktiviti Terkini |17 November 2019

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak Tadika Kemas seterusnya memberi kesedaran kepada semua kanak-kanak tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK LIPAT, ENDAU

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2019

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK LIPAT, ENDAU

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2019

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM KAWAL SELIA KENDIRI DAN KESELAMATAN INTERNET DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 September 2019

Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet Kluster Mersing dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)...baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @KOMUNITI SIHAT CERGAS MALAYSIAKU SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2019

Aktiviti ini dijalankan bersama penduduk sekitar sempena bulan kemerdekaan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU HUSSIN, MERSING

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussin, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 11.00 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BESERTA KUIZ ONLINE

Aktiviti Terkini |20 Julai 2019

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim Staff PI dengan Ahli PI. Melalui program seperti ini, ianya secara langsung dapat menarik minat masyarakat setempat untuk mengunjungi PI dan dapat menambahkan bilangan Ahli PI...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MRSM MERSING

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2019

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan Pusat Internet menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang....baca selanjutnya

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Serta Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019

Tujuan program ini adalah untuk membentuk kerjasama yang erat antara staf PI dengan kakitangan serta anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 17 & 24 April 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat dan menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Anjung Batu

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian dan memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak”

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2019

Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Air Papan, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI d an diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir... baca selanjutnya

Kursus Pencegahan Kebakaran

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2019

Kursus Pencegahan Kebakaran yang melibatkan kesemua kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing disampaikan oleh Pasukan Bomba Endau. Pasukan Bomba Endau juga menjemput wakil komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Kecergasan Diri 2019(Fitness)

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. Dewasa kini, ramai yang mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti