Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PI1M Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Sambutan Maulidurrasul

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Program sambutan Maulidurrasul ini diadakan pada setiap tahun bertempat di surau Kampung Tanjung Genting. Program ini dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 13 November 2017

Program KLIK DENGAN BIJAK ini adalah bersama pelajar darjah 1 sehinggan darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Tenggaroh. Program ini diadakan adalah bagi mengajar pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakan internet dengan lebih betul dan berkesan... baca selanjutnya

Kelas ICT Bersama Pejabat Agama Mersing

Aktiviti Terkini | 16 - 17 Oktober 2017

Program kelas ICT adalah bersama kakitangan pejabat agama mersing bagi memantapkan tahap pengetahuan kakitangan cara menggunakan internet dan komputer dengan cara yang betul... baca selanjutnya

Program Sambutan Hari Malaysia bersama PI1M Felda Nitar 2 & Tabika Kemas

Aktiviti Terkini | 17 September 2017

Program mengenai hari Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak tabika kemas dan ibubapa... baca selanjutnya

Tayangan Filem Kemerdekaan, Kuiz kemerdekaan, Mewarna “SEHATI SEJIWA”

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Program mengenai hari kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan di kalangan anak - anak dan belia sekitar kampung Tanjung Genting Mersing didalam bulan kemerdekaan ini... baca selanjutnya

Membuat kad hari raya, Meneka lirik lagu hari raya, Mencari benda tersembunyi(sampul duit raya)

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Program membuat kad hari raya,meneka lirik lagu raya dan mencari benda tersembunyi (sampul duit raya) ini adalah untuk menarik minat pengguna untuk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia dan sempena menyambut bulan syawal... baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk Bersama Giatmara

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Pada bulan ini, PI1M Tanjung Genting, PI1M Kg. Baru Air Tawar dan juga PI1M Felda Nitar 02 telah bersepakat untuk mengadakan kerjasama bersama Giatmara Mersing bagi menjayakan program... baca selanjutnya

Hari Mesra Bersama Pengguna Pi1m 2017

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Pada bulan ini, PI1M Tanjung Genting telah mengadakan Hari Mesra Bersama Pengguna PI1M 2017. Program ini diadakan bagi mengisi masa lapang kanak-kanak yang berada di kawasan sekitar dengan aktiviti yang berfaedah disamping berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh pihak PI1M Tanjung Genting... baca selanjutnya

Mersing Fiesta Art 2017

Aktiviti Terkini | 30 April 2017

Pada setiap bulan pihak Pi1M akan mengadakan satu aktiviti bulanan, dan pada bulan April ini, PI1M Kampung Tanjung Genting telah bersepakat bersama badan kerajaan dan juga NGO yang lain untuk mengadakan Mersing Fiesta Art 2017 yang bertempat di Dewan Jubli Intan Mersing... baca selanjutnya

Aktiviti Mewarna Bersama Tabika Kemas

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Pada bulan ini, pihak PI1M telah mengadakan aktiviti mewarna bersama dengan pelajar tabika kemas Tg Genting yang bertempat... baca selanjutnya

Aktiviti Sukaneka Terbuka

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2017

Pada bulan ini, pihak PI1M telah bekerjasama dengan Pusat Tuisyen Zamrud daerah Mersing mengadakan sukaneka terbuka untuk ... baca selanjutnya

Tiga acara, mewarna poster Tahun Baru Cina, membuat angpau dan pertandingan Makan Limau Paling Pantas

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Pada bulan ini, pihak PI1M telah mengadakan aktiviti sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Genting.Program sebegini hanya dapat dilakukan setahun sekali... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti