Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Sebelum ini, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PEDi Tanjung Genting, Johor.
Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'.
Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh.
Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'.
Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering.
Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik.
Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.
Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau.
Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu.
Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021PENGENALAN KEPADA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2021Memberi pendedahan kepada komuniti tentang peranan PEDi sebagai Pusat Sehenti dan menerangkan fokus PEDi ......baca selanjutnya
TIPS & TRICKS PEMBELIAN DAN PENJUALAN DI APLIKASI SHOPEE
Aktiviti Terkini | 15 November 2021Memberi pendedahan kepada komuniti tentang tawaran istimewa Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) iaitu Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia di mana ianya untuk memberikan pilihan sambungan internet mampu milik buat isi rumah rakyat Malaysia. ......baca selanjutnya
KELAS ICT – PENGENALAN KEPADA PAINT
Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pelbagai bentuk dengan menggunakan tools yang ada di Paint......baca selanjutnya
TIPS & TRICKS PEMBELIAN DAN PENJUALAN DI APLIKASI SHOPEE
Aktiviti Terkini | 22 September 2021Memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai info serba sedikit mengenai pembelian dan penjualan menggunakan aplikasi Shopee......baca selanjutnya
APLIKASI SAVEFROM.NET
Aktiviti Terkini | 20 September 2021Memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai 1 aplikasi yang dikenali sebagai Savefrom.net.......baca selanjutnya
APLIKASI UNTUK USAHAWAN
Aktiviti Terkini | 11 September 2021Memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi-aplikasi yang sesuai dan memberikan banyak manfaat jika digunakan......baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 6 September 2021Memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai ciri-ciri keselamatan komputer dan cara menggunakan komputer dengan betul......baca selanjutnya
VIDEO ICT : TUTORIAL PENYEDIAAN PARCEL SHOPEE (SELLER)
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2021Video ini khusus untuk penjual yang baru sahaja melibatkan diri dalam platform Shopee......baca selanjutnya
LIVE FB : BACAAN YAASIN DAN DOA HINDARI WABAK
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021Menyahut seruan pelbagai pihak yang menyeru umat Islam mengadakan kempen bacaan Yassin sebagai salah satu ikhtiar berdepan dengan wabak Covid-19......baca selanjutnya
VIDEO ICT : TUTORIAL MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MYPARCEL ASIA
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2021MyParcel Asia menyediakan perkhidmatan mudah khusus kepada peniaga atas talian untuk menghantar parcel kepada pembeli......baca selanjutnya
LIVE FB : PRODUK USAHAWAN SEKITAR MERSING DAN ENDAU
Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2021Memperkenalkan produk tempatan bukan sahaja kepada komuniti setempat malah kepada semua......baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 6,12,14,17 Julai 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 8-27 Jun 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 22 - 28 Mei 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 26 - 30 April 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 7,29,31 Mac 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 10-27 Februari 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
LIVE FACEBOOK DAN ICT E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 2 - 31 JANUARI 2021Memandangkan sebarang aktiviti/program secara fizikal seperti Kelas ICT, Advokasi dan Program Bulanan tidak dibenarkan berlangsung di PIK lagi, maka sesi pembelajaran online dan live berlangsung setiap minggu....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya