Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PEDi Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2022

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 9 November 2022

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2022

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.......baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak tentang Hari Malaysia......baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2022

Memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar sempena bulan kemerdekaan......baca selanjutnya

TIPS INTERVIEW KERJA

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022

Memberikan pendedahan serta berkongsi pengalaman bagaimana untuk menghadapi interview kerja dari segi penyedian diri, pakaian yang bersesuaian semasa interview, dokumen yang perlu disediakan dan lain-lain......baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (PEGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2022

Memberi maklumat tentang kebaikan dan keburukan berkongsi maklumat di internet......baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (SOALAN LAZIM BERKAITAN MASALAH KANDUNGAN DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2022

Memberi maklumat tentang cara untuk menagani masalah ketika dalam talian.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 19 April 2022

Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang buli siber dalam talian....baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK – EDITING PENGIKLANAN(PHOTO PHONE) BERSAMA KEMAS DAERAH MERSING

Aktiviti Terkini | 6 & 8 Mac 2022

Mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) - TIPS KESELAMATAN UNTUK SEISI KELUARGA DALAM PENGGUNAAN INTERNET

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat.....baca selanjutnya

TIPS & TRICKS PEMBELIAN DAN PENJUALAN DI APLIKASI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Memberikan pendedahan kepada komuniti setempat info serba sedikit mengenai pembelian dan penjualan menggunakan aplikasi Shopee......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti