Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PEDi Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS / JAKOA KAMPUNG LABONG, ENDAU

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.............baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS PERUMAHAN POLIS MERSING

Aktiviti Terkini | 24 November 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet............baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 15 November 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet............baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ BERSAMA IBUBAPA/PENJAGA TADIKA KEMAS SEMANYIR, ENDAU

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2023

Program seperti ini bertujuan menjadikan ibubapa itu sebagai teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik...........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA MCMC NEGERI JOHOR

Aktiviti Terkini | 5 September 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet...........baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS TAMAN INTAN JAYA

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet...........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet..........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet..........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi seterusnya memberi kesedaran kepada semua tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.........baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan PEDi kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.........baca selanjutnya

TAYANGAN PERDANA CUTI SEKOLAH – MECHAMATO MOVIE

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2023

Mengisi masa lapang para pelajar yang sedang cuti sekolah........baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL QURAN DAN EDARAN BUBUR LAMBUK

Aktiviti Terkini | 5 April 2023

Menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO........baca selanjutnya

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BERSAMA BSN (SEMARAK NIAGA)

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2023

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga iaitu satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan........baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2023

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan guru tabika berkaitan komputer.......baca selanjutnya

PROGRAM GUBAHAN BOUQUET

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2023

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang bidang keusahawanan gubahan bouquet.......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti